| |
Dengar teks ini
Kemaskini pada: 21/07/2015
OBJEKTIF
1. Memberi Perkhidmatan Kaunseling
a. Membantu klien mengenalpasti kebolehan, minat, potensi dan keupayaan diri.
b. Membantu klien meneroka, menganalisis dan memahami diri.
c. Membantu klien memupuk, memperkembang dan memperkasa pengupayaan kendiri yang positif.
d. Membantu memulih tingkah laku, kognitif dan emosi klien.
2. Melaksanakan Program-Prgoram Pembangunan Psikologi Wanita
seperti:
a. Seminar Literasi Undang-Undang
Modul Literasi Undang-Undang menekankan aspek perkahwinan sivil dan syariah
b. Wanita Anti Jenayah (WAJA)
WAJA memberi fokus kepada aspek keganasan rumahtangga, gangguan seksual, rogol, cabul,
keldai dadah, keldai akaun, jenayah siber serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
c. Program Kesejahteraan Emosi
Modul menggunakan pendekatan kaunseling bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai
pendekatan humanistik, kemahiran asas kaunseling, psikologi pengurusan keluarga serta teknik
pengurusan emosi yang berkesan seperti mara, stres, kebimbangan dan sebagainya.
d. Program Transformasi Minda
Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan, motivasi, kekuatan psikologi dan pendekatan
kaunseling agar peserta mempunyai minda keusahawanan. Antara ciri-ciri keusahawanan
adalah seperti mempunyai pengetahuan tasit dalam bidang keusahawanan, bermotivasi, kreatif,
inovatif, kemahiran menguasai cabaran, kemahiran membina jaringan dan sebagainya.
e. Persidangan Kebangsaan Kaunseling Krisis dan Trauma
Persidangan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai
mekanisme terkini mengendalikan kes-kes krisis dan trauma yang berlaku dalam masyarakat
serta membolehkan para peserta mengaplikasikan ilmu dan teknik tersebut dengan kaedah
penyelesaian menggunakan intervensi psikologi kaunseling. Persidangan ini akan dihadiri oleh
para akademik, kaunselor, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan,
Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. (Tertakluk pada permintaan)
FUNGSI
-
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (individu atau kelompok) kepada kumpulan sasar Jabatan.
-
Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis/ trauma kepada wanita mangsa keganasan seperti penderaan, keganasan rumahtangga, gangguan seksual, ”keldai dadah”, rogol, cabul, sumbang mahram, pemerdagangan orang dan lain-lain.
-
Menyediakan perkhidmatan ujian psikologi seperti ujian motivasi dan ujian kepercayaan kendiri kepada kumpulan sasar Jabatan.
-
Menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh dalam pembangunan wanita melalui pendekatan psikologi dan memperkasakan pembangunan wanita ke arah yang lebih positif dengan program dan inisiatif psikologi yang terkini.
PIAGAM PELANGGAN
-
Memberi layanan dan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh 10-15 minit selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.
-
Memberi maklum balas bagi setiap aduan/ kes yang dirujuk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
-
Memastikan program pembangunan psikologi wanita melalui pendekatan psikologi dilaksanakan oleh PPWN seperti yang telah dirancang.
| |