Daftar Masuk

   ID Pengguna:image for important messageMakluman Penting
   

   Kata Laluan:
   

   
Daftar Masuk

   Pendaftaran Baru
   Lupa Kata Laluan


Perkhidmatan Mywanita
Pautan ke Ibu Tunggal
Pautan ke Kepekaan Gender
Pautan ke Perkhidmatan Usahawan
Pautan ke NGO atau Pembekal Perkhidmatan
Pautan ke Kaunseling
Pautan ke Latihan Berasaskan Komputer



 
Fakta dan Petua

Dengar teks ini

PETUA WANITA

PETUA KECANTIKAN

Setiap wanita pasti mengidamkan bentuk tubuh yang menawan apatah lagi apabila mereka telah berkahwin dan melahirkan anak. Kecantikan dan wanita adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu. Disini akan disenaraikan beberapa petua kecantikan khas untuk wanita yang mementingkan penampilan dan juga wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik  bukan sahaja dimata orang yang tersayang malahan pada sesiapa sahaja yang melihat.
 
1.       Elak Perut Menggeleber

Ramai wanita akan mengalami masalah perut menggeleber khususnya bagi mereka yang  baru melahirkan anak. Untuk mengatasi atau mengelakkan masalah perut menggeleber ini ialah dengan mengambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada perut yang menggeleber setiap kali sebelum masuk tidur. Insyaallah anda akan melihat kesannya selepas 2 minggu.
 
2.       Menegangkan wajah

Ramai wanita berpendapat wajah adalah aset paling penting apabila bercerita tentang kecantikan dsan kesihatan. Bagi mereka wajah yang cantik akan mengambarkan personaliti keseluruhan wanita tersebut. Bagi mendapatkan wajah yang cantik dan tegang, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil sedikit tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Sapukan pag\da muka dan biarkan sehingga kering sebelum basuh sehingga bersih. Anda akan mendapati kulit muka anda lebih lembut, tegang dan cerah dalam masa beberapa minggu sahaja.
 
3.       Hitamkan rambut beruban

Apabila rambut beruban, pasti ramai yang menyatakan ia berpunca daripada peningkatan usia seseorang. Namun sebenarnya ia disumbangkan oleh pelbagai factor.  Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesan uban rambut ialah dengan mengambil sesudu minyak kelapa bersama segenggam daun kari dan masak di atas api dengan suhu sederhana sehingga daun kari menjadi hangus. Sejukkan dan kemudian gunakannya sebagai minyak rambut. Insyaallah masalah rambut beruban akan berkurangan.
 
4.       Merawat tumit kaki pecah

Tumit kaki pecah tentunya merisaukan anda, malahan menyebabkan anda merasa kurang selesa. Untuk mengatasinya, masukkan beberapa keeping asam gelugur ke dalam bekas yang berisi beberapa sudu cuka makan. Tambah sedikit air sejuk ke dalamnya dan rendamkan tumit kaki anda dalam campuran itu tadi selama beberapa minit. Lakukan sekerapnya sehingga masalah tumit pecah hilang.
 

PETUA DI DAPUR

Dapur dan memasak juga merupakan aktiviti wajib bagi kaum wanita samada ianya dilakukan secara rutin atau sekadar memenuhi masa lapang. Bagi mereka yang biasa dengan aktiviti di dapur mungkin telah mahir dengan beberapa petua namun bagi wanita khususnya mereka yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga pastinya kekurangan masa untuk mendalami ilmu di dapur. Di sini ada di senaraikan beberapa petua untuk kegunaan wanita-wanita diluar sana agar aktiviti di dapur anda lebih mudah dan menyeronokkan.

1.       Hilangkan kerak periuk

Periuk kadangkala meninggalkan kesan kerak kekal yang degil dan susah untuk ditanggalkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil sebiji kentang dan bersihkan kulitnya sebelum dikupas. Letakkan kulit kentang tadi kedalam periuk dan rebus selama beberapa minit. Anda akan mendapati kesan kerak akan tanggal dan hilang sedikit demi sedikit.
 
2.       Mengupas kulit udang

Udang adalah makanan laut yang menjadi kegemaran ramai namun proses pembersihannya agak leceh. Apatah lagi apabila telah lama disimpan di dalam peti ais. Atasi masalah ini dengan mengikuti beberapa langkah ini. Campurkan garam ke dalam semangkuk air, masukkan udang dan biarkan direndam selama 10 minit. Tos dan kupas. Ia pasti mudah dan cepat.
 
3.       Ikan tetap segar

Ada kalanya ikan yang dibeli kurang kesegarannya. Petuanya ialah, setelah ikan disiang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit garam. Selepas itu cucilah dengan air dan masukkan ikan kedalam plastic sebelum di simpan di dalam peti air. Anda akan dapati ikan anda akan kekal segar. 
 
4.       Hilangkan gatal keladi

Ramai yang mengakui keenakan batang keladi dibuat masak asam. Namun ramai yang enggan menjamahnya kerana bimbang akan merasa gatal. Atasinya dengan memotong batang keladi dan rendamkannya ke dalam air yang dicampur isi buah pinang. Biarkan seketika kemudian cuci bersih sebelum di masak.